Pages

Sabtu, 15 November 2014

BERDAKWAH dalam ERA MULTIMEDIA

Assalamualaikum..


Tadi saya ada melawati blog2 yang buat saya tertarik tetiba saya terbaca satu blog mengisahkan tentang berdakwah..malah tajuk dakwah itu adalah "BERDAKWAH DALAM ERA MULTIMEDIA",kebetulan ye sahabat-sahabat sekalian saya sebenarnya seorang pelajar yang menuntut di sebuah IPTA dan mengambil dalam jurusan PROGRAMMING..maka memang ada kaitan tapi bukan saya je yang ada kaitan malah semua orang memang ada kaitan dalam dakwah nie..zaman sekarang nie semua dag maju dan masing2 ada gadget yang canggih..malahan sekarang mcm2 jenis media sosial yang ada seperti facebook,twiter,istgram,wechat,line,kakotalk,viber,telegram dan bermcm2 lagi..so jika kita tgok dlm facebookk bnyak knn yang mula berdakwah,alhamdunillah..apabila kita kekadang duk scroll fb tetiba terbaca status dakwah,automatik boleh bagi kita kesedaran so kita guna benda yang kita ada ke arah kebaikan bukan ke arah kejahatan..tu yang sepatutnya la..

Okey,di sini saya nak kongsi sedikit maksud dakwah ;

Definisi Dakwah

 -Dakwah ialah 'usaha menyampai, mengajak atau menyeru manusia kepada mengenali Islam, menerima dan menghayatinya yang dilaksanakan menerusi kaedah, cara dan pendekatan tertentu'. Manakala multimedia pula ada beberapa definasi telah diberikan, antaranya ialah 'Penggunaan dua atau lebih jenis/bentuk media (video bergerak, audio, gambar, grafik, animasi, teks dan sebagainya) untuk menyampaikan maklumat'.

Media Dakwah

3.1. Kalau dilihat dan diikuti perkembangan Islam dari dahulu sampai sekarang, ternyata bahawa para da'i khususnya dan umat Islam umumnya tidaklah mengggunakan sesuatu media tertentu, dan nampaknya tidak pula menghadkan kepada hanya sesuatu media tertentu saja yang boleh digunakan dan dipakai dalam menyampaikan dakwah Islamiah di seluruh dunia ini.
3.2. Di Malaysia sejak dari dahulu lagi dakwah Islamiah telah disampaikan melalui lisan dan tulisan yang disebarkan kepada individu dan kumpulan, secara bersemuka atau menerusi penyebaran bahan-bahan tulisan dan sebagainya, malah selari dengan perkembangan zaman yang dilaluinya, dakwah Islamiah turut disebarkan menerusi filem, video, kaset dan sebagainya. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dalam aktiviti dakwahnya telah menggunakan teknologi terkini termasuklah penggunaan internet.
3.3. Malah jika diteliti, penggunaan media elektronik terutama radio dan telivisyen sebagai media dakwah telah dipelopori dan dilaksanakan oleh kerajaan sendiri. Program-program yang disiarkan telah mendapat sambutan dan penerimaan yang hangat menyeluruh dari kalangan penontonnya.
3.4. Kini tamadun manusia terus membawa dan memperkenalkan kemajuan media yang lebih canggih dan diterima umum dan sekarang mereka berada dalam era yang dikenali sebagai era multimedia. Malaysia sendiri telah menerima kehadiran teknologi ini dan telah memperuntukkan sejumlah wang yang banayak untuk menjayakannya. Penguwujudan Koridor Raya Multimedia adalah bukti nyata penerimaan tersebut.
3.5. Melihat kepada sejarah lalu dan penerimaan umat Islam dalam menggunakan berbagai media yang wujud disepanjang zamannya, maka penerimaan multimedia sebagai alat berdakwah pada masa ini bukanlah suatu yang salah dan ditegah, malah adalah wajib selagi penggunaannya selari dengan ajaran Islam yang mulia.
3.6. Jadi, yang pentingnya ialah kesedaran umat Islam bahawa Islam tidak menghadkan kepada umatnya untuk menggunakan apa jua media yang boleh memberi kejayaan dalam usaha berdakwah di kalangan umat manusia seluruhnya.

Jadi inilah sedikit perkongsian saya buat semua pembaca sekalian
semoga ia memberi manfaat buat anda sume..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan