Pages

Sabtu, 15 November 2014

Novel Setitis Kasih Darmia

Assalamualaikum..
Selamat malam kepada semua pembaca blog yang di kasihi..
Alhamdunillah,akhirnya diberi kesempatan untuk menulis lagi dalam blog nie..Hari ini sya nak kongsikan sedikit cerita mengenai"NOVEL SETITIS KASIH DARMIA" yang mana drama dri novel ini senang menghangat di tv9 sekarang..nak tau knpa sya suka updte pasal cerita nie sebab sya suka bce novel dan sya suka sangat melihat lakonan sharnaz bersama nelydia,dri dlu smpai skrang sya mmg sgt meminati mereka berdua..Ini adalah contoh novel,anda harus dapatkan novel nie di pasaran sebab mmg best sgt klau bce xjemu dan klau boleh dua tga kali nk ulang bce smpai bleh hafal..hahaha,kelakarkan??








Sinopsis" Novel Setitis Kasih Darmia"


Sinopsis Setitis Kasih Darmia | Akan datang dalam slot Ratu TV9, drama adaptasi novel Setitis Kasih Darmia. Lakonan mantap sekali lagi gabungan Nelydia Senrose, Sharnaaz Ahmad, Liza Abdullah, Fauziah Nawi serta ramai lagi yang dijangka menemui penonton pada Oktober ini.


Mengisahkan kehidupan gadis bernama Darmia yang kehilangan kasih ibu dan terjebak dengan perkahwinan yang dia sendiri tidak rela.Lelaki yang bernama suami meninggalkannya kerana maruahnya tercalar.Mujur ada Opah dan Haliza sepupunya.Tawaran sambung belajar yang ditawar oleh Haliza disambut gembira oleh Darmia. Namun,lelaki bernama Khairul Amir yang pernah melafaz ijab kabul kepadanya merangkap kekasih dan majikan Haliza membuat hidupnya  mengharu birukan keadaan.Lelaki itu muncul dengan dendam yang tidak dilupakan. Rahsianya harus disimpan sebaik mungkin. Buatlah apa saja, Darmia rela asalkan hati Haliza tidak disakiti. Asalkan Haliza tidak tahu rahsia mereka. Percaturan tuhan siapa yang tahu. berkali-kali bibir lelaki itu mengucapkan benci namun berkali-kali juga hatinya enggan berkompromi.Semakin Darmia jauh semakin galak Khairul Amir mengejar biarpun dia tahu pasti akan ada hati yang akan terluka. Dalam satu insiden yang tidak disengajakan, rahsia yang cuba dikuburkan terbongkar jua. Hati Hasliza dan Darmia hancur bagai dipukul ombak Tsunami yang meranapkan bumi Aceh.Kerana dendam, pengorbanan dan keegoan semuanya menjadi kucar-kacir. Khairul Amir nekad, biar hilang segalanya di dunia ini, setitis kasih Darmia terus dinanti "Mulai hari ini, esok dan selamanya kau adalah isteri untukku bukan lagi hamba atau pembantu rumah. Kau adalah suri hatiku. Untuk selamanya. Aku janji akan bahagiakan kau.'- Semakin deras air mata di pipi Darmia."Aku tak nak!" Darmia tolak kuat tubuh Khairul Amir apabila terasa pelukan itu kian longgar. Terundur sedikit lelaki itu. Terus Darmia berlari ke kamar. Di sembam mukanya ke bantal. Menangis semahunya di situ.Khairul Amir hanya memandang. Tangisan yang menjadi irama dalam bilik sepi itu mengundang rasa sedih di hati Khairul Amir. Air matanya turut laju menuruni pipi. Sungguh dia juga sama terluka dalam cinta yang rumit ini.Saat itu bagai terngiang-ngiang lagu Rindu memaksaku menyayangimu nyanyian Francisca Peter berdendang sayu, sesayu hatinya saat itu. Bait-bait lagu bagaikan mengerti perasaannya tika itu."


okey..begitulah sinopsisnya tetapi klau anda sume rse xpuas so bleh la menonton setiap hari selasa dan rabu di tv9..pastikan anda berada di depan tv siap2 spya stiap episod jgn lepaskn..hehe,pada pukul 8.30 malam tauuu..

So ada sedikit gambar buat tetapan anda sume..





Ini adalah babak2 yang ada dalam drama setitis kasih darmia..selamat menonton






Tiada ulasan:

Catat Ulasan