Pages

Rabu, 19 Ogos 2015

DIAM ITU LEBIH BAIK

ASSALAMUALAIKUM

Buat para sahabat blog semua yang sentiasa baca entry saya,saya nak ucpkan terima kasih sgt2 kerana sudi baca kisah yang saya paparkan di blog ini..

Tau tak,kenapa tajuk "DIAM ITU LEBIH BAIK" menjadi pilihan saya kali ini?sebab mmg ada kaitan dengan saya..Apabila kita rsa marah,sakit hati dan rsa mcm nk cri gduh dengan semua owg seharusnya kita kena diamkan diri,diamkan diri bukan bermakna kita kena diam selamanya tapi kita diam untuk kawal marah kita..

Bila sampai satu tahap,kemarahan kita nie kadang2 tak boleh kawal,betul tak semua?sya pasti anda akan bersetuju ngn apa saya cakap nie kan?hehehe

Kepada anda semua yang mana tak boleh kawal perasaan marah tu,cuba lah untuk diamkan diri sementara dan tenangkan diri..

Disini ada sesuatu nak di kongsikan kepada anda semua :

Diam orang mukmin itu ibadah,
Ibadah tanpa perbuatan,
Ibadah rasa,
Ibadah ini tidak meletihkan,
Kadang-kadang ibadah ini lebih baik daripada ibadah sunat,
Yang hatinya didalam kelalaian,
Macamana orang mukmin itu diamnya menjadi ibadah?
Kadang-kadang memikirkan dosanya,
Kadang-kadang memikirkan apa kebaikan yang nak dibuat,
Kadang-kadang memikirkan nak menolong kawan,
Kadang-kadang dia terasa kebesaran Tuhan,
Atau dia meniatkan, dia diam itu,
Tidak mahu bercakap yang bukan-bukan,
Kadang-kadang dia diam itu,
kalau dia bercakap,
Takut dia melakukan kesalahan,
Seperti dia mengumpat atau,
Kalau dia bercakap, takut-takut menyakiti hati orang,
Atau dia diam itu, menghormati percakapan orang,
Mungkin orang itu bercakap baik dapat pengajaran,
Atau dia hendak mengenal orang yang bercakap itu,
Baik atau jahat,
Dia biarkan saja orang itu bercakap,
Dan mendengar sahaja,
Kerana nak mengenal orang itu,
Kadang-kadang dia diam itu memikirkan dosa-dosa yang lalu,
Ataupun kecuaian dan kelalaian,
Yang telah dibuat, supaya dia bertaubat,
Ataupun mengingatkan ilmu pengetahuan,
Ataupun pengetahuan yang dilupakan datang semula ingatan,


Banyak Kelebihannya berdiam diri. Orang yang pendiam itu lebih baik daripada orang yang suka berbicara yang tidak keruan. Baik perangai dan pendiam , kedua-duanya adalah sifat yang baik dan tidak susah mengerjakannya, asalkan hati menyuruh empunya diri berbuat demikian.

Nabi SAW bersabda : “Mahukah kamu aku khabarkan kepadamu, dengan semudah-mudah ibadat dan sesenang-senang atas tubuh,ialah diam dan baik perangai.”
Ingatlah kepada sabda Nabi SAW : “Seorang Mukmin bukanlah pengumpat ,yang suka mengutuk, yang keji dan yang ucapannya kotor”
(Riwayat Bukhari)

“Barangsiapa yg banyak perkataannya, nescaya banyaklah silapnya. Barangsiapa yg banyak silapnya, nescaya banyaklah dosanya. dan barangsiapa yg banyak dosanya, nescaya neraka lebih utama baginya”.
(Riwayat Abu Naim)



Sampai sini sahaja saya berkongsi cerita,semoga ia memberi manfaat kepada kita semua :)




Isnin, 13 Julai 2015

Tips menjadi pelajar cemerlang


Assalamualaikum



Selamat datang ke blog saya,lamanyaaa sejak msuk tahun baru satu pun xupdate cerita terbaru..haa mesti u alls rndukan saya kannn..hehe

kenapa dah lama xupdate dan menghilangkan diri mcm tu jaa,sebab saya sibukk sgt dan banyak sgt benda yang belum settle dan perlukan untuk settle..so alhamdunillah,ary nie berkesemptan dan ada masa lapang nak kongsi kisah yang sgt2 brguna buat korang..


Ini dia tips yang nak dikongsikan buat adik-adik,abang-abang dan kakak-kakak diluar sana,xksahlah anda dari sekolah rendah ke menengah ke IPTA or IPTS,semuanyaa sama sahaja..


Mari-mari lihat dibawah:




(1) Mujadah Menghadapi Peperiksaan .


Amalan harian pelajar .
Seorang pelajar muslim itu hatinya hendaklah sentiasa bergantung kepada ALLAH S.W.T kerana sebagai insan yang lemah kita bergantung sepenuhnya kepada Qadha' dan qadar yang ALLAH S.W.T tentukan .

Memperbetulkan niat .
*Niat belajar kerana Allah S.W.T semata-mata dan bukan kerana lain .
*Menuntut ilmu sebagai pengabadian diri kepada ALLAH S.W.T dan mengeluarkan diri daripada belenggu kejahilan dan taqlid .
*Menuntut ilmu bagi mencari kebenaran hakiki .
*Menuntut ilmu dengan niat berbakti pada umat Islam dan tidak dipengaruhi oleh rasa perkaumam yang sempit.
*Menuntut ilmu bagi mengangkat martabat Islam . Umat Islam hendaklah kembali menjadi peneraju ilmu pengetahuan .
*Membahagiakan ibubapa yang banyak berkorban dan berjasa pada kita. Kejayaan seorang anak merupakan hadiah paling berharga pada mereka .

Tinggalkan maksiat.
Ilmu merupakan cahaya yang menjadi petunjuk serta membezakan antara hak dan batil.Maksiat pula adalah kekotoran . Oleh itu , ilmu tak boleh dicampur dengan maksiat .
Suatu ketika , Imam al-Syafie mengadu kepada gurunya Waqi' kerana beliau menhadapi masalah belajar dan menghafal . Maka gurunya berpesan ,

"Sesungguhnya ilmu itu adalah cahaya . Cahaya Allah tidak diberikan kepada orang yang melakukan maksiat"

Baca AL-QURAN .
Seorang penuntut ilmu perlu ada jiwa yang tenang bagi memudahkannya menuntut ilmu.

Memperbanyakkan selawat.
Seorang pelajar hendaklah menjadikan selawat itu sebagai amalan rutin hariannya. Sedangkan Allah SWT berselawat ke atas nabi-Nya apatah lagi kita umat Nabi SAW yang mengharapkan syafaat baginda.

Baca Doa sebelum dan selepas belajar.
Kelebihan pelajar Muslim berbanding pelajar bukan Muslim adalah doa .

#Belajar dengan teknik yang betul , jadual waktu ynag sistematik , formula yang sistematik , kalendar peperiksaan , menjaga pemakanan dan jaga pergaulan serta percakapan ..


(2) Amalan mingguan Pelajar .

Amalan membaca yassin.
Membaca yassin pada malam jumaat .

Mendirikan solat hajat.

Masa yang paling mudah dan selesa mendirikan solat hajat adalah selepas solat Maghrib . Namun waktu yang paling afdal adalah pada waktu tengah malam atau semasa bangun qiamulail .


(3) Ketika hampir peperiksaan .

Mohon ketenangan , memperbanyakkan selawat dan membaca yassin , lakukan solat taubat dan solat hajat , jaga kesihatan , Mohon doa ayah dan ibu serta restu guru .

(4) Ke Dewan Peperiksaan .

Bersiap lebih awal , mengambil sarapan secara sederhana , baca yassin sebelum ke dewan .( apabila sampai pada ayat "Mubin" berhenti sekejap dan berdoa pada Allah . Ayat 12,17,24,,47,60,69,77.)
Mohonlah hajat yang sesuai dengan peperiksaan sebentar lagi ,
*mohon pertolongan & bantuan Allah S.W,T dlm menjawab soalan .

(5) Semasa peperiksaan.

*Masuk awal ke dewan
*Baca doa sebelum menjawab
*Berikan tumpuan dan jangan lemah semangat
*Pasrah

(6) Selepas peperiksaan.

Terimalah apa saja ketentuan takdir daripada ALLAH SWT dan yakinlah semua takdir ALLAH SWT ada hikmah yang tersembunyi .

"........dan boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu , dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu , padahal ia amat buruk bagimu ; dan ingatlah Allah mengetahui , sedang kamu tidak mengetahuinya .
                                                                                                            (Surah al-Baqarah ayat 216)


Semoga perkongsian ini sangat bermakna buat anda semuaa,saya gembira dapat kongsikan benda yang baik dan berfaedah buat anda semua..:)

Sabtu, 20 Disember 2014

Kalau anda wanita,Apa mas kahwin yang anda minta?

Assalamualaikum..

Kembali lagi kepada entry saya,so nak kongsikan sedikit tentang mas kahwin pulakkkkk..hehehe,sebab kan kekadang ada setengah orang mungkin tak tahu apa itu mas kahwin dan apa itu mahar dan sebagainya..segala maklumat ini yang saya dapat jugak dari sumber2 yang boleh di percyai..


Okay,berbalik pada cerita saya,mari anda sume mengikuti kisah ini di bawah..




KONSEP MAHAR DALAM ISLAM



 Mahar adalah harta atau manfaat yang wajib ditunaikan oleh seorang lelaki kepada perempuan yang hendak dikahwininya.

 Ini berasaskan kepada firman Allah yang bermaksud: "Berilah mas kahwin (mahar) kepada wanita yang kamu nikahi sebagai pemberian dengan penuh kerelaan." - (An-Nisa: 4). 


Rasulullah pernah meminta seorang sahabat yang ingin berkahwin supaya membayar mahar walaupun dengan sebentuk cincin besi dan tidak pernah berlaku dalam sebarang perkahwinan itu berlangsung tanpa membayar mahar, sama ada oleh Rasulullah atau sahabat. 


Berasaskan ayat al-Quran dan hadis dan apa yang berlaku pada zaman Rasulullah inilah maka kalangan ulama atau fuqaha sudah ijmak bahawa mahar adalah pemberian yang wajib diberi oleh suami sebagai hak perempuan yang wajib ditunaikannya.

 Mengenai kadar mahar, sebenarnya tidak ada kadar tertentu tetapi yang penting ia mestilah daripada sesuatu yang mempunyai nilai (kewangan) atau ada manfaatnya.


Pernah berlaku pada zaman Rasulullah, seorang yang tidak mempunyai kewangan dan kemampuan tetapi apabila hendak berkahwin, Rasulullah bertanya: "Adakah engkau tahu membaca al-Quran?"

Orang itu mengaku bahawa dia tahu membaca surah tertentu di dalam al-Quran lalu Rasulullah berkata: "Ajarkan surah-surah itu kepada isterimu sebagai mahar." 


Dalam konteks ini, bacaan surah daripada al-Quran itu, tidak merupakan barangan tetapi ia tetap menjadi manfaat yang boleh dikecapi oleh isterinya itu.



 KADAR MAKSIMUM MAHAR

 Mengenai persoalan kadar maksimum sesuatu mahar, Islam tidak menetapkannya kerana ia adalah hak wanita.

 Dalam hal ini, terpulanglah kepada mereka untuk menetapkan sebanyak mana yang dikehendaki. Bagaimanapun Rasulullah menggalakkan umat Islam supaya memberikan mahar yang sedikit, mudah dan sederhana.

 Rasulullah bersabda, bermaksud: "Wanita yang paling berkat ialah yang paling murah maharnya dan mudah urusan perkahwinannya." 

Pada hadis ini jelas Rasulullah menggalakkan umat Islam supaya tidak mengenakan mahar yang terlalu tinggi dan di sinilah duduknya keberkatan rumah tangga. Sejarah Islam meriwayatkan, pada zaman pemerintahan Saidina Umar al-Khattab sebagai khalifah, beliau melihat umat Islam mula meninggikan mahar dan ini menyebabkan ramai pemuda yang ingin berkahwin sukar melaksanakan hajat mereka kerana terpaksa mencari wang yang begitu banyak.

 Melihatkan keadaan itu, Umar pun membuat teguran dan menyatakan hasratnya untuk melarang umat Islam supaya tidak meninggikan mahar tetapi pandangannya itu dipertikaikan oleh seorang wanita yang menyatakan: "Itu hak kami." Wanita itu juga membacakan ayat al-Quran yang bermaksud: "Sekalipun kamu memberikan mahar seberat satu tan barangan pun, itu adalah hak wanita berkenaan dan kamu tidak boleh mengambilnya semula."

 Mendengar hujah wanita itu, akhirnya Umar membatalkan hasratnya untuk mewujudkan peraturan atau undang-undang bagi menetapkan kadar mahar yang tertentu itu. Bagaimanapun, mengikut beberapa hadis yang disebutkan itu, jelas kepada kita bahawa Rasulullah tidak begitu gemar kepada tindakan meletakkan mahar yang terlalu tinggi.

 Merujuk kepada apa yang berlaku dalam masyarakat kita sekarang, sebenarnya masalah mahar yang tinggi itu tidak timbul kerana kebiasaannya ia sudah pun ditetapkan oleh majlis agama Islam negeri masing-masing. Kebanyakannya meletakkan satu kadar (nilai) yang seragam.

 Apa yang menjadi persoalan kepada kita ialah mengenai hantaran belanja perkahwinan (selain daripada mahar itu). Keduanya, selain hantaran belanja (wang), pihak lelaki diperlukan juga membawa pelbagai hantaran lain, termasuk benda, pakaian, makanan dan seumpamanya, sama ada pada masa bertunang atau perkahwinan itu sendiri. 

Justeru, saya berpendapat, masyarakat Islam tidak sepatutnya meninggikan hantaran belanja ini hingga kadangkala mencecah antara RM8,000 dan RM12,000 umpamanya. Sebenarnya, bagi saya hal ini tidaklah begitu tepat dengan ajaran Islam dan kehendak Rasulullah kerana ini boleh membebankan urusan perkahwinan, malah ia mungkin menyusahkan.

 Apatah lagi, hantaran yang berupa persalinan, bahan makanan yang kadang-kadang sampai berpuluh-puluh bekas, misalnya pulut kuning sampai tiga empat bekas, kek saja tiga empat bekas dan seumpamanya yang akhirnya semua benda itu rosak begitu saja tanpa disentuh sesiapa.


 Hal ini juga kemudiannya berlarutan sehingga menjadikan kita terjebak dalam pembaziran sedangkan ia satu yang sangat ditegah oleh Islam seperti disebut dalam al-Quran orang yang membazir itu adalah saudara syaitan. Justeru, eloklah masyarakat Islam berhati-hati dalam perkara ini. Kalau kita inginkan sebuah rumah tangga yang bahagia dan mendapat keberkatan, janganlah kita terlalu meninggikan hantaran belanja perkahwinan. Begitu juga dengan persalinan dan bahan makanan itu, biarlah ia setakat yang berpatutan sahaja.

Sampai sini saja entry saya..


semoga anda semua suka dengan entry saya kali ini..

Yang Tertutup Itu Indah..

Assalamualaikum..

Ada kesempatan pada hari ini,so saya ingin berkongsi cerita tentang"YANG TERTUTUP ITU INDAH"...




Tidak akan tertutup dengan berperangai baik sahaja. 
Tidak akan tertutup dengan kecantikan dan keayuan.
Tidak akan tertutup dengan kata-kata manis bersuarakan kemanjaan.
Tetapi hanya akan tertutup dengan pakaian yang sempurna patuh syariah.
Pastinya akhlak di balik pakaian tadi lebih indah daripada pakaiannya.


Seandainya manusia dapat memahami.Cantik zahir bukanlah ukuran tapi cantik hati memikat hati semua orang.

Wanita itu.

Biar lembut fitrah tercipta. Halus kulitnya. Manis tuturnya. Lentur hatinya. Wajah yang telus setelus rasa membisik di jiwa. Di mata ada cahaya. Dalamnya ada air sehangat cinta, sejernih suka, sedalam duka. 

Melenturnya perlu kasih sayang. Membentuknya perlu kebijaksanaan. Kesabaran dan kemaafan, keyakinan dan penghargaan. Tanpa jemu, tanpa bosan memimpin tangan menunjuk jalan. 


Bisa seteguh Khadijah yang suci hatinya. Tabah dan tenang sikapnya sebagai teman ar-Rasul. Pengubat duka dan lara.
Bijaksana ia menyimpan ílmu. Si teman bicara, dialah Áishah.
Penyeri taman Rasulullah SAW. Dialah Hafsah, penyimpan mashaf pertama kalamullah.
Bisa setabah Maryam, meski dicaci meski dikeji. Itu hanya cerca manusia namun sucinya Allah memuji.
Seperti Fatimah kudusnya. Meniti hidup seadanya. Puteri Rasulullah, kesayangan ayahanda. Suaminya si panglima agama. Di belakangnya dialah pelita buat cahaya penerang segenap rumahnya.

Wanita itu. 

Yang hidupnya di alaf ini. Perempuan islam akhir zaman. Dirinya terancam dek fitnah. Sucinya perlu tabah. Cintanya bukan untuk dinodai asmara. Tidak murah untuk si adam. 

Hakikatnya, kakinya perlu teguh. Mantap iman mengunci jiwa. Dari lemah dan kalah. Dari rebah dan salah. 


Rasulullah SAW bersabda : “Orang yang berjihad itu ialah mereka yang berjihad menentang nafsunya”. (Riwayat al-Bukhari)

Seorang wanita itu, anugerah istimewa buat dunia! 
Dia bangga menjadi Muslimah. Di saat yang lain bangga menjadi wanita moden.
Namun cinta Allah tetap menjadi pujaan hati.



Ini adalah sedikit coretan daripada saya,khas buat pembaca sekalian..

Sabtu, 29 November 2014

Impianku ingin menjadi muslimah SOLEHAH..

Assalamualaikum..


Ingin ku kongsikan sedikit tentang kisah ini..Aku hanya manusia biasa yang cuba perbaiki segala kelemahan diri,sesungguhnya aku teringin menjadi seorang muslimah yang solehah..


Ikutilah cerita di bawah :


Aku tertarik bila cerita tentang wanita..sebab ape??  mungkinkah aku juga seorang wanita juga seorang muslimah... juga menginginkan Muslimah yang bergelar solehah.. 
Segala puji bagi Allah yang masih menghidupkanku,  yang masih mengizinkan urat2 nadi ku berdenyut,  jantungku untuk berdegup,  kakiku untuk berjalan, mata ku untuk melihat,  telingaku untuk mendengar, tanganku untuk menulis serta menaip setiap coretan dari hatiku.  
Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad SAW serta sahabat2 dan keluarga2 baginda yang bersusah payah memperjuangkan Islam dengan begitu peritnya.


 Entah mengapa jiwaku meronta. Aku wanita inginkan kebebasan dalam setiap apa yang ingin ku lakukan.  Bukanlah kebebasan yang bertentangan dengan syariat agamaku... 
Tapi kebebasan untukku bersuara. Kebebasan untukku menjadi apa yang ingin orang lain impikan.  Janganlah kerana diri ini yang lemah kau anggap daku tidak punya perasaan. 
 Hatiku bisa terusik oleh kata-kata yang amat menyakitkan.  Aku tertanya-tanya, mengapakah tiada lagi yang menjadikan wanita itu layak di hormati Mengapakah tiada lagi yang menjadikan wanita itu sebagai permata di segenap ruang hati yang bergelar lelaki? Bukan niatku sebagai wanita untuk di sanjung. Dan bukan juga niatku untuk mendapatkan sesuatu tempat yang tinggi yang aku juga tidak pasti apakah aku layak ataupun tidak. 
 Cuma, hatiku meronta ingin di lepaskan dari bebanan yang mencengkam jiwa.  Aku tidak meminta untuk mendapat tempat teratas mahupun di bawah kalian. Tapi aku ingin berada di samping mu wahai Adam supaya kalian boleh memimpin ku. Menjadikan ku seorang yang boleh memanfaatkan setiap sudut kenikmatan yang telah di anugerahi kepada wanita sepertiku.

Ya benar!! Wanita sepertiku tidak lari dari sifat egoistik yang memuncak.  Bukanlah kerana aku ingin di pimpin oleh syaitan untuk menguasai sifat itu.  
Bukanlah niat ku untuk membongkak atas tingginya martabatku yang telah di janjikan olehNya bilamana aku menjadi seorang wanita yang solehah.  
Tapi, aku ingin menjaga maruahku!!  Aku tidak ingin jika diriku mudah untuk dipijak, diperdaya, dan di aniaya oleh manusia seperti kalian.  Aku tidak rela diriku di jatuhkan dengan pelbagai fitnah yang boleh menjadi kemurkaan-Nya kepadaku.  
Mengapakah kalian tidak memahami hati ini??  Mengapakah kalian tidak boleh membantu diri ini?? Apakah dengan kelemahan diri ini memudahkan kalian untuk mempergunakan kami sebagai wanita?? Bagaimanakah agaknya bila ibu kalian, kakak kalian atau adik perempuan di perlakukan oleh orang seperti kalian??? Sanggupkah kalian?? Ya benar. 
Aku lemah, malah memang telah di ciptakan bahawa aku seorang yang lemah tapi aku juga punya kekuatan yang luar biasa.  Bilamana di bandingkan antara kalian, kalian tidak dapat mengatasi kekuatanku ini.


  Iaitu SABAR. Hatiku yang serapuh kaca bisa di baik pulihkan oleh sifatku yang penyabar.  Daku punya sifat yang sabar malah mudah memaafkan orang lain walaupun setiap detik yangku lalu memberiku erti sebenar hidupku.  Sabar itulah satu-satunya kekuatan yang menjadi penenang jiwaku.  Dan SENYUMAN.. senyuman yang diukir dari bibir juga dapat menenangkan segala yang menimpa diriku ini walaupun perit untukku hadapinya dari saat ke saat.  Biarpun daku tidak layak mendapat kebahagiaan di dunia ini, tapi aku yakin akan janjiNya, bahawa Dia sentiasa bersama dengan orang yang sabar menghadapi ujian yang ku rasa adalah ujian yang memang itulah yang telah dialirkan dalam hidupku..

Tidak ada sesiapa pun wanita di dunia ini yang tidak ingin diberi perhatian.  Aku, seorang wanita tetap menginginkan perhatian. 
Janganlah kalian terkejut atau terkilan bila aku katakan bahawa setiap wanita menginginkan dirinya diperlakukan seperti kanak-kanak.  
Ingin disayangi, ingin didengar, diajar, dipimpin malah tidak harus di kasari walaupun tidak setaraf dengan usia.  Sebagaimana kanak-kanak itu ibarat kain yang putih dan ibu bapa yang harus mencorakkannya. 
Begitulah juga dengan wanita sepertimana diibaratkan wanita ini adalah sebagai tulang rusuk yang bengkok.  Maka kalian wahai Adam lah yang sepatut meluruskannya. Itulah yang daku maksudkan. Bukanlah daku tidak mengizinkan kalian untuk menegurku tapi tolong jangan berlaku kasar kepadaku kerana ia mungkin boleh menimbulkan luka dalam hati kerana diriku seorang Wanita.. 
Yang ingin juga dihormati walaupun tidak selayaknya buatku. 
 Bila wanita sepertiku mendapat luka yang mendalam, ia tetap terpahat dan menimbulkan bekas yang mencengkam.  Benar, diriku selalu di selubungi oleh sifat sensitif yang mendalam. Kadang-kadang juga emosional yang menggunung.  
Tapi dengan satu pujukan sahaja boleh mencairkan hati ku yang beku sepertimana ais di cairkan oleh air panas. 


 Betapa lembutnya hati seorang yang bernama WANITA.. Justeru aku merayu, bantulah insan-insan sepertiku.  Entah mengapa hatiku semakin terusik. Semakin sensitif sejak akhir-akhir ini.  Jiwaku ingin meronta. Aku tidak ada sesiapa melainkan kalian wahai Adam, melainkan DIA. Kalian lah pemimpin kami. Dan kepada kalian lah aku bergantung.  Bantulah diriku wanita yang lemah. Pimpinlah aku ke arah keredhaan-Nya.  Berikan sepenuh ketulusan dalam jiwa kalian untuk membimbing diriku untuk kejayaan, tetapi bukan menggunakan kesempatan di sebalik kelemahan yang aku ada. Sedarkanlah diriku dari lena yang penuh dengan kelalaian, yang penuh keseronokkan, yang penuh kealpaan duniawi. Jangan biarkan aku di gelar 'rosak' di sebabkan oleh kepercayaanku atas penipuanmu, oleh kasih sayangmu yang dusta tetapi tidak pernah menunjukkan kami ke jalan yang benar yang diredhai, yangku impikan dalam hidupku hingga ke Firdausi.  Jadilah seperti junjungan besar Muhammad yang amat mencintai dan menghargai orang-orang sepertiku tanpa melemparkan dusta dan fitnah untuk menghancurkan maruahku...



Aku juga seorang WANITA... dan aku juga MUSLIMAH yang mengimpikan kebahgiaan dalam hidupku..  yang ingin juga bergelar SOLEHAH buatmu wahai Adam..  bukan untuk dipermainkan diriku ini sementara hidupku di dunia ini, bukan juga di campak ke sana sini cerita hidupku, yang ingin ku hindari dari fitnah duniawi yang tidak akan berhenti.. Lindungilah diriku dan bawalah aku kejalan yang diredhai.. Yang telah Engkau janjikan buat hambanya yang SABAR menghadapi tipa ujianMu... 


Semoga kalian semua memahami setiap isi kata ini..bukan mudah untuk menjadi seorang muslimah sejati tetapi mencuba sehingga tercapainya hajat tersebut..

Wanita Solehah Lebih Baik Daripada Bidadari Syurga..Benarkah??

Assalamualaikum..

Bersyukur kepada ALLAH,hari ini ada kesempatan untuk berkongsi satu kisah tentang "wanita solehah lebih baik daripada bidadari syurga..benarkah??Jadi untuk tahu benar atau tidak,di sini saya ingin menceritakan kisah yang sebetulnya..



Wanita solehah tidak boleh sembarangan mencintai lelaki. Lelaki yang paling wajar dicintai oleh wanita solehah ialah Nabi Muhammad SAW. Ini kerana Nabi Muhammad SAW adalah pembela nasib kaum wanita. Baginda telah mengangkat martabat kaum wanita daripada diperlakukan dengan kehinaan pada zaman jahiliyah, khususnya oleh kaum lelaki.

Ajaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW juga berjaya menyempurnakan budi pekerti kaum lelaki. Ini membawa keuntungan kepada kaum wanita kerana mereka mendapat kebebasan dalam kawalan dan perlindungan keselamatan oleh kaum lelaki. Iaitu dengan mengikuti ajaran Nabi Muhammad SAW menjadikan bapa atau suami mereka berbuat baik dan bertanggungjawab ke atas keluarganya. Demikian juga dengan kedatangan Rasulullah SAW telah menjadikan anak-anak tidak lupa untuk berbakti kepada ibu mereka, cthnya seperti Uwais Al-Qarni.

Salah satu tanda kasih Baginda SAW terhadap kaum wanita ialah dengan berpesan kepada kaum lelaki agar berbuat baik kepada wanita, khususnya ahli keluarga mereka. Rasulullah SAW sendiri menjadikan diri dan keluarga baginda suri teladan kepada kaum lelaki untuk bagaimana berbuat baik dan memuliakan kaum wanita.

Rasulullah SAW bersabda,

“Orang mukmin yang paling sempurna imannya ialah yang paling baik akhlaknya, dan yang berbuat baik kepada ahli keluarganya.” (Riwayat Abu Daud dan Tirmizi)

Lagi sabda Rasulullah SAW,

“Sebaik-baik kamu adalah yang terbaik terhadap keluarganya; dan aku adalah yang terbaik dari kamu terhadap keluargaku. Orang yang memuliakan kaum wanita adalah orang yang mulia, dan orang yang menghina kaum wanita adalah orang yang tidak tahu budi.” (Riwayat Abu ‘Asakir)

Tapi betul ke wanita solehah itu lebih baik daripada bidadari syurga?

Daripada Umm Salamah, isteri Nabi SAW, katanya(di dalam sebuah hadis yang panjang):

Aku berkata, “Wahai Rasulullah! Adakah wanita di dunia lebih baik atau bidadari?”

Baginda menjawab, “Wanita di dunia lebih baik daripada bidadari sebagaimana yang zahir lebih baik daripada yang batin.”

Aku berkata, “Wahai Rasulullah! Bagaimanakah itu?”

Baginda menjawab, “Dengan solat, puasa dan ibadat mereka kepada Allah, Allah akan memakaikan muka-muka mereka dengan cahaya dan jasad mereka dengan sutera yang berwarna putih,berpakaian hijau dan berperhiasan kuning….(hingga akhir hadis)” (riwayat al-Tabrani)


Terkejut bila membaca hadis ni dan ingin berkongsi bersama rakan-rakan lain. Sungguh tinggi darjat wanita solehah, sehingga dikatakan lebih baik daripada bidadari syurga. Semoga hadis ini menjadi inspirasi bagi kita semua dalam memperbaiki diri agar menjadi lebih baik daripada bidadari syurga. InsyaAllah..

Tapi, bagaimana yang dikatakan wanita solehah itu?

Ikuti kisah berikut, semoga kita sama-sama beroleh pengajaran.

Seorang gadis kecil bertanya ayahnya “ayah ceritakanlah padaku perihal muslimah sejati?”

Si ayah pun menjawab “anakku,seorang muslimah sejati bukan dilihat dari kecantikan dan keayuan wajahnya semata-mata.wajahnya hanyalah satu peranan yang amat kecil,tetapi muslimah sejati dilihat dari kecantikan dan ketulusan hatinya yang tersembunyi.itulah yang terbaik”

Si ayah terus menyambung
“muslimah sejati juga tidak dilihat dari bentuk tubuh badannya yang mempersona,tetapi dilihat dari sejauh mana ia menutupi bentuk tubuhnya yang mempersona itu.muslimah sejati bukanlah dilihat dari sebanyak mana kebaikan yang diberikannya ,tetapi dari keikhlasan ketika ia memberikan segala kebaikan itu.muslimah sejati bukanlah dilihat dari seberapa indah lantunan suaranya tetapi dilihat dari apa yang sering mulutnya bicarakan.muslimah sejati bukan dilihat dari keahliannya berbahasa,tetapi dilihat dari bagaimana caranya ia berbicara dan berhujah kebenaran”

Berdasarkan ayat 31,surah An Nurr,Abdullah ibn abbas dan lain-lainya berpendapat.Seseorang wanita islam hanya boleh mendedahkan wajah,dua tapak tangan dan cincinnya di hadapan lelaki yang bukan mahram(As syeikh said hawa di dalam kitabnya Al Asas fit Tasir)


“Janganlah perempuan -perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga menghairahkan orang yang ada perasaan dalam hatinya,tetapi ucapkanlah perkataan yang baik-baik”(surah Al Ahzab:32)


lantas apa lagi ayah?”sahut puteri kecil terus ingin tahu.
“ketahuilah muslimah sejati bukan dilihat dari keberaniannya dalam berpakaian grand tetapi dilihat dari sejauh mana ia berani mempertahankan kehormatannya melalui apa yang dipakainya.
Muslimah sejati bukan dilihat dari kekhuwatirannya digoda orang di tepi jalanan tetapi dilihat dari kekhuwatirannya dirinyalah yang mengundang orang tergoda.muslimah sejati bukanlah dilihat dari seberapa banyak dan besarnya ujian yang ia jalani tetapi dilihat dari sejauh mana ia menghadapi ujian itu dengan penuh rasa redha dan kehambaan kepada TUHAN nya,dan ia sentiasa bersyukur dengan segala kurniaan yang diberi”

“dan ingatlah anakku muslimah sejati bukan dilihat dari sifat mesranya dalam bergaul tetapi dilihat dari sejauh mana ia mampu menjaga kehormatan dirinya dalam bergaul”

Setelah itu si anak bertanya”Siapakah yang memiliki criteria seperti itu ayah?Bolehkah saya menjadi sepertinya?mampu dan layakkah saya ayah?”

Si ayah memberikan sebuah buku dan berkata”pelajarilah mereka!supaya kamu berjaya nanti.INSYA ALLAH kamu juga boleh menjadi muslimah sejati dan wanita yang solehah kelak,malah semua wanita boleh”

Si anak pun segera mengambil buku tersebut lalu terlihatlah sebaris perkataan berbunyi ISTERI RASULULLAH.

“Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu ,puasa di bulan ramadhan ,menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya,maka masuklah ia ke dalam syurga dari pintu-pintu yang ia kehendakinya”(riwayat Al Bazzar)

Gambar Hiasan




Gambar Hiasan

Selasa, 25 November 2014

Aku Hanya Manusia Biasa

Assalamualaikum..

Khas buat pembaca sekalian..Jika aku sedih cuma kepada ALLAH,aku luahkan..Aku bersyukur kerana masih berada di bawah Rahmatnya..sungguh sangat bersyukur,beribu kali ujian,beribu kali hati di kecewakan tetapi itu semua adalah kerana ALLAH ingin menyedarkan aku bahawa betapa dia sayangkan aku..maka aku sangat bersykur berada di bawah Rahmatnya...

Maka kuatkanlah hati anda wahai pembaca sekalian,sedarlah bahawa kita hanya manusia biasa..JODOH dan MATI??Semua di tangan ALLAH,biar seribu kali ujian datang melanda jangan kita mengeluh kerana semua itu adalah dugaan untuk menjadikan kita seorang yang penyabar dan taat..


Hayatilah wahai pembaca sekalian..



Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Kau ampunilah dosa ku yg telah ku perbuat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yg tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental dan fizikal
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu

Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan

Ya Allah
Kau yang Maha Megetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan ketelanjuranku
Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhiratMu
Sekiranya aku engkar dan derhaka

Berikanlah aku petunjuk kearah rahmatMu

Ya Allah sesungguhnya
Aku lemah tanpa petunjukMu 
Aku buta tanpa bimbinganMu 
Aku cacat tanpa hidayahMu 
Aku hina tanpa RahmatMu

Ya Allah
Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu
Jadikanlah aku muslimah yang disenangi
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu

Bimbinglah aku menjadi Muslimat yg Soleh
Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaanMu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yg kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniamu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu

Kerana pendek akal ku mengharungi ujianMu



Ya Allah Ya Tuhanku...
Aku hanya ingin menjadi seorang insan yang dirahmati
Insan yang dikasihi
Insan yang solehah
Insan yang sentiasa dihati



Amin, amin Ya Rabbal Allamin..




Sampai di sini coretanku..
Selamat datang ke blog saya..