Pages

Ahad, 14 September 2014

Awasi gunting dalam lipatan

Saya ingin menceritakan maksud "Awasi gunting dalam lipatan"..
Ini semua lebuh kepada hubungan persahabatan dan kenapa harus menggunakan ayat di atas kerana ada beberapa sebab terjadinya perkara ini pada sahabat2 sekalian...






Hubungan persahabatan sememangnya mulia kerana sahabat berperanan dalam membentuk personaliti seseorang.Ada sahabat yang sanggup menghulurkan tangannya ketika kita dilanda kesusahan dan menjadi peneman setia disaat kita berduka.Nmaun,tidak kurang juga sahabat yang hanya tahu menumpang kesenangan sahabat lain dan apabila kita jatuh,jangankan hendak menghulurkan tangan,malah memandang wajah kita juga tidak sudi.Ada yang berpendapat sahabat itu seperti bulu tangkis.Sebelum main dipegang dan apabila main dipukul.Ada juga yang menyatakan sahabat itu ibarat seperti bola ragbi sebelum dapat direbut dan apabila sudah dapat dilindungi dan dijaga.

Berbeza dengan istilah kawan,bergantung kepada individu itu sendiri untuk mentafsirkannya tetapi kebiasaannya seseorang kawan tidak ada yang istimewa dan hanya sesuai dijadikan tempat berborak.Biasanya kawan untuk bergembira lebih ramai daripada kawan yang bersama ketika berduka.Namun dalam kita terlalu mempercayai sahabat,ada juga individu yang menjadi mangsa ditikam dari belakang oleh sahabat baiknya sendiri.



Berhati-hati dengan cara kita memilih kawan atau sahabat.Tak semestinya sahabat yang lama kita kenal itu akan selalu ada buat kita..

renung2kanlah wahai sahabat..

Boleh follow saya di istgram saya:
@farhana_yaman

1 ulasan: